Permohonan Sijil Pengesahan Qualiti dan Standard Muslim Produk Syarikat Tempatan.

Borang Permohonan Sijil Pengesahan Label Muslim Produk Syarikat Tempatan

myeummah-logo

 

Sila baca keseluruhan maklumat dan terma di bawah:
Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Produk Muslim

1. Sijil Pengesahan Produk Muslim tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.

2. Penggunaan Sijil Pengesahan ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.

3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis dan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada, IKIAM PRODUK UMMAH Panel secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

4. Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada IKIAM PRODUK UMMAH.

5. Sijil Pengesahan berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi Terms and Conditions yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak.

6. Semua pemilik Sijil Pengesahan Produk Muslim yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan logo (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan.

7. Sijil Pengesahan Produk Muslim yang asal perlulah dipamerkan.

8. Pemohon mestilah beragama Islam sahaja.

9. Syarikat / Koperasi / NGO hendaklah dimiliki 100% oleh Orang Islam.

Dengan klik "Saya Setuju", bermakna akujanji kepada terma perkhidmatan dan polisi Produk Ummah untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan ini.