Pendaftaran Syarikat Tempatan Untuk Labels Certification XDomestic Company Registration Sila semak terma berikut dan tandakan persetujuan anda di bawah. Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Produk Muslim 1. Sijil Pengesahan Produk Muslim tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya. 2. Penggunaan Sijil Pengesahan ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini. 3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis dan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah, Jakim secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya. 4. Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Ketua Pengarah MYeUMMAH. 5. Sijil Pengesahan berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi Terms and Conditions yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak. 6. Semua pemilik Sijil Pengesahan Produk Muslim yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan logo (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan. 7. Sijil Pengesahan Produk Muslim yang asal perlulah dipamerkan. Dengan mengklik "Saya bersetuju dengan terma & syarat" anda bersetuju dan bersetuju(a) 'Terms of Service' dan 'Privacy Policy' Produk Ummah, dan(b) menerima notis yang diperlukan dari Produk Ummah secara elektronik. Agreement * Saya setuju dengan terma & syarat Seterusnya